Find us on:        
                    Forgot your password?
Home   Media Centre » News & Articles » 
 
Press Releases
News & Articles
Newsletters
Events
Image Gallery
Web Resources
MNS' 70th Anniversary
Home


   

HUTAN HUJAN TERTUA DI DUNIA TERANCAM

11 Apr 2006

Utusan Malaysia 
 
Lembah Belum - Temenggor yang merupakan antara hutan hujan tertua di dunia berusia 130 juta tahun kini menghadapi kemusnahan ekologi akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal.
 
Hutan dara seluas 300,000 hektar yang merangkumi Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor sudah 40 peratus gondol kerana perbuatan rakus tauke-tauke balak yang tidak bertanggungjawab.
 
Apa yang menyedihkan, Taman Negeri Royal Belum yang sepatutnya diwartakan tiga tahun lalu sehingga kini belum lagi rasmi diberikan status tersebut, manakala Hutan Simpan Temenggor yang diklasifikasikan sebagai hutan simpan didapati tidak dilindungi sepenuhnya.
 
Utusan Malaysia yang berkesempatan melawat Lembah Belum-Temenggor bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) baru-baru ini terkejut melihat kemusnahan di hutan itu akibat aktiviti pembalakan tidak terkawal.
 
Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Pemuliharaan MNS, Anthony Sebastian berkata, usaha pemuliharaan wajar dijalankan segera untuk menyelamatkan Lembah Belum-Temenggor daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal.
 
Kata beliau, sekiranya isu itu dipandang remeh oleh kerajaan negeri Perak, maka tidak mustahil Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Royal Belum yang menyimpan khazanah kepelbagaian bio akan tinggal nama dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
 
``Apabila hutan-hutan ini dimusnahkan untuk pembalakan, dijadikan estet kelapa sawit dan perumahan, maka binatang liar akan hilang tempat tinggal.
 
``Sekiranya dibiarkan, tidak mustahil pada masa depan anak cucu kita tidak mengenali tumbuhan dan binatang liar kerana kesemua flora serta fauna ini sudah pupus akibat kemusnahan hutan,'''' katanya.
 
Tinjauan selama tiga hari menyusuri beberapa sungai dan meredah hutan mendapati berlaku tanah runtuh di bukit dan tebing sungai menyebabkan air menjadi cetek serta tercemar.
 
Kerajaan negeri sebelum ini mengeluarkan arahan supaya pokok melebihi 17 inci lilitan (43.18cm) boleh ditebang dengan maksimum 13 tan sehektar.

UTUSAN MALAYSIA

 


  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

Home |  Disclaimer |  Sitemap |  Contact Us |  Credits |

©Copyright mns.my   2006 - 2010    All rights reserved.