Find us on:        
                    Forgot your password?
Home   Media Centre » News & Articles » 
 
Press Releases
News & Articles
Newsletters
Events
Image Gallery
Web Resources
MNS' 70th Anniversary
Home


   

Selamatkan Bumi

 
29 Nov 2010

PERKEMBANGAN positif yang dilihat sejak akhirakhir ini, semakin banyak organisasi korporat termasuk pengeluar produk melancarkan pelbagai inisiatif untuk menyelamatkan bumi daripada kemusnahan.
 
Selain mengeluarkan produk mesra alam yang tidak memberi kesan negatif kepada persekitaran, kebanyakan pengeluar produk pengguna kini giat menjalankan kempen menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan memelihara alam sekitar.
 
Tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab sosialnya ialah syarikat pengeluar, pemasar dan pengedar kasut, Larrie. Jenama ini melancarkan kempen bertemakan Shades of Nature, Jun lalu bagi mendidik, meningkatkan kesedaran serta mendorong pengguna memulakan gaya hidup mesra alam. Antara aktiviti utama yang dikendalikan melalui kempen Shades of Nature ialah siri pameran bergerak untuk meningkatkan kesedaran pengguna terhadap usaha menjaga kepentingan alam sekitar.
 
Pengasas Larrie Corporation, Stanley Chong, berharap kempen Shades of Nature mencapai matlamat selain lebih banyak sokongan diberi terhadap kempen dan aktiviti yang dikendalikan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
 
"Sesuai dengan tema kempen ini, Larrie memperkenalkan koleksi kasut baru dengan rekaan ideal bertemakan gaya kasual mahupun ke pejabat. Kasut keluaran kami sesuai dipakai di negara beriklim tropika.
 
"Koleksi baru ini menampilkan gaya alam melalui reka bentuk dan warna seperti biru, coklat, merah, putih dan hitam," katanya kepada Stailo. Sempena kempen Shades of Nature, pelanggan dapat menikmati diskaun khas bagi pembelian barangan Larrie. "Selain itu, pelanggan juga boleh membeli kole eko eksklusif bernilai RM29.90 pada harga istimewa RM9.90 dengan pembelian barangan Larrie bernilai RM 10.00 ke atas.
 
Kole eko eksklusif ini diperbuat daripada sekam padi dan boleh lupus dalam tempoh empat bulan jika ditanam dalam tanah," katanya. Melalui kempen ini, sebahagian daripada keuntungan penjualan kole edisi terhad Larrie akan disumbangkan kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
 

By Diyanah Anuar, Berita Harian

 


  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

Home |  Disclaimer |  Sitemap |  Contact Us |  Credits |

©Copyright mns.my   2006 - 2010    All rights reserved.