PERTANDINGAN 2
Pertandingan Mencipta Video Kreatif Projek Kitar Semula 2022
MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI KITAR SEMULA PLASTIK & MENGHASILKAN VIDEO (KATEGORI A – SEKOLAH RENDAH & KATEGORI B – SEKOLAH MENENGAH):
Penyertaan video adalah secara individu. Video yang dihasilkan mestilah memaparkan aktiviti kitar semula plastik yang dilaksanakan di sekolah atau di rumah.
Video boleh dihasilkan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja. Para peserta dikehendaki menghasilkan video yang kreatif, informatif dan menarik.
Video yang dihasilkan mestilah tidak melebihi 3 minit. Video tersebut perlu dihantar bersama-sama google form. Tempoh penyertaan 6 Jun – 30 September 2022. Tarikh tutup penyertaan 30 September 2022, 5.00 petang.